Kylie Jenner ...

Kylie Jenner raih keuntungan besar dalam perniagaan

MODEL dan bintang realiti Kylie Jenner dilaporkan meraih keuntungan besar iaitu sebanyak AS$18 juta menerusi perniagaan kosmetik yang diceburinya.

Jumlah itu menjadikan dia individu kedua terkaya dalam ahli keluarga selepas kakaknya, Kim Kardashian.

Beberapa produk keluaran wanita itu seperti Lip Kit, pakaian wanita dan sarung telefon bimbit mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Selain itu, Kylie turut mengembangkan empayar perniagaannya dengan menjual bulu mata, pensel mata dan krim kulit.

Kylie Jenner dilaporkan meraih keuntungan besar menerusi perniagaan kosmetik yang diceburinya.
Kylie Jenner dilaporkan meraih keuntungan besar menerusi perniagaan kosmetik yang diceburinya.

Perniagaan yang bermula secara dalam talian sejak beberapa tahun lalu itu kini beroperasi menerusi sebuah butik yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Nama Kylie juga termasuk dalam senarai ahli perniagaan muda yang berjaya lain seperti Alli Webb, Toni Ko dan juga Jennifer Hyman.