Kyrgios berpisah dengan jurulatih

Kyrgios berpisah dengan jurulatih

SYDNEY, 23 Jun (AFP) – Bintang tenis Australia, Nick Kyrgios berpisah dengan jurulatihnya, Todd Larkham kurang seminggu sebelum kejohanan Grand Slam ketiga tahun ini, Wimbledon membuka tirainya.

Perkara itu disahkan dalam laman web rasminya, hari ini dengan kedua-duanya dikatakan ‘mencapai kata sepakat’ untuk mengambil haluan masing-masing.

Krygios, 20 berkata; “Ia sentiasa menjadi keputusan yang bukannya mudah untuk menamatkan hubungan dengan jurulatih… namun saya rasa ini adalah keputusan yang tepat untuk kami ketika ini.”

Katanya, dia akan terus berlatih di bawah bimbingan jurulatih tenis Australia sepanjang Wimbledon dan akan menimbang untuk melantik jurulatih baharu selepas kejohanan berakhir.

Larkham sudah bekerjasama dengan Kyrgios sejak tujuh tahun lalu ketika pemain kelahiran Canberra, Australia itu masih beraksi di peringkat remaja.

Nick Kyrgios beraksi di Rolland Garros 30 Mei lalu. – AFP
Nick Kyrgios beraksi di Rolland Garros 30 Mei lalu. – AFP

Sekalipun lahir di Australia, Kyrgios yang ketika ini menghuni ranking ke-29 dunia, memiliki darah campuran Malaysia-Greece dengan ibunya, Norlaila adalah rakyat Malaysia.

Kyrgios yang dianggap antara pemain muda berpotensi, juga duta syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), telah mencipta kejutan apabila mara ke suku akhir Wimbledon selepas menyingkirkan Rafael Nadal di pusingan keempat.

ARTIKEL YANG SAMA