Kyrgios, Coric mara ke suku akhir Terbuka Estoril

Kyrgios, Coric mara ke suku akhir Terbuka Estoril

ESTROIL, Portugal, 28 April – Pilihan kedua, Nick Kyrgios dari Australia menewaskan Inigo Cervantes dari Sepanyol 7-6 (4), 7-5 untuk mara ke suku akhir Terbuka Estroil semalam.

Pemain dari Australia itu, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-21 dengan kemenangan dan dikejutkan dengan kek selamat hari jadi oleh pengutip bola perempuan, akan bertemu Borna Coric dari Croatia bagi merebut tempat ke separuh akhir pertandingan gelanggang tanah liat itu.

“Terdapat 50 perkara yang mahu saya lakukan pada hari ulang tahun saya,” kata Kyrgios selepas kemenangannya.

Pilihan kelima, Guillermo Garcia-Lopez dari Sepanyol menewaskan Stephane Robert dari Perancis 6-3 7-6 (3) juga mara ke suku akhir.

Pemain rangking ke-47 dari Sepanyol itu seterusnya akan menghadapi Benoit Paire dari Perancis, yang bekerja keras menewaskan Kyle Edmund dari Britain 6-7 (4), 6-3, 6-3 dalam satu pertandingan lewat.

Nick Kyrgios yang mara ke pusingan suku akhir Terbuka Estoril. – AFP
Nick Kyrgios yang mara ke pusingan suku akhir Terbuka Estoril. – AFP

Pilihan keenam, Coric, mara ke suku akhir dengan menewaskan Rogerio Dutra Silva dari Brazil 6-3, 4-6, 6-1.

Pilihan kelapan, Pablo Carreno Busta dari Sepanyol menewaskan pemain senegara dari Sepanyol, Fernando Verdasco 6-1, 6-3 untuk mara ke pusingan kedua.

Verdsaco mengakui kejayaannya 48 jam lebih awal ke atas Lucas Pouille di Nastase Tiriac Trofi di Bucharest, Romania memberikannya “sedikit keletihan dari seminggu persaingan sukar.” – AP