Kyrgios kandas awal di Kanada

Kyrgios kandas awal di Kanada

TORONTO, 26 Julai – Nick Kyrgios masih gagal menemui rentak konsisten apabila tersingkir seawal pusingan pertama kepada juara remaja Wimbledon Denis Shapolov 7-6 (7/2), 3-6, 6-3 di Toronto Masters, sebentar tadi.

Shapolov, 17, meledak 12 servis ‘ace’ dalam laluannya menuju mata akhir, sebelum dengan tenang mengesahkan kemenangan ke atas bintang kontroversi Australia ke-19 dunia itu.

Dalam aksi pertamanya sejak tumpas kepada juara Andy Murray di pusingan keempat Wimbledon gara-gara sikap sambil lewa di dalam gelanggang, Kyrgios melakukan servis kencang namun dikecewakan pukulannya itu yang tidak menjadi.

Ada ketikanya ketika bertukar gelanggang, kedengaran dia merungut kerana tidak berpuas hati terhadap diri sendiri.

“Jelas sekali, memang buruk,” kata Kyrgios, yang bergelut dengan masalah lutut namun tetap kurang gembira dengan persembahan tidak bermayanya.

“Saya tidak tahu. Saya gagal beraksi dengan cemerlang.” Pilihan ke-11 dari Australia itu pernah sekali membenam servis hingga raketnya terlepas dari genggaman tangan, malah 13 pukulan servis ace dibuatnya lebih tenggelam berbanding 18 kesilapan pukulan servis berganda. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA