Kyrgios kempunan beraksi di final

Kyrgios kempunan beraksi di final

ESTORIL, Portugal, 1 Mei (AFP) – Nick Kyrgios dari Australia kehilangan peluang untuk mara ke persaingan akhir kedua berturut–turut di Terbuka Estroil apabila tewas 6-3 7-5 kepada Nicolas Almagro semalam.

Kejayaan separuh akhir yang dicatatkan Almagro itu akan memastikan pertembungan akhir menentang Pablo Carreno Busta juga dari Sepanyol, yang mendapatkan kelebihan penuh servis yang terjejas dari Benoit Praire untuk menghasilkan kemenangan 6-3, 6-3.

Carreno Busta mendapatkan kelebihan ketika pesaingnya dari Perancis melepaskan tujuh kali servis.

Kyrgios beraksi dalam persaingan itu menentang pemain rangking ke-71, Almagro sebagai pilihan utama selepas mendominasi pesaing sepanjang minggu ketika dia kembali ke pertandingan itu setahun selepas tewas dalam persaingan akhir menentang Richard Gasquet.

“Ia adalah kedudukan yang sukar, dia beraksi lebih baik dan saya tidak melakukan servis yang baik. Tetapi ini hanya minggu pertama saya di atas gelanggang tanah liat,’ kata Kyrgios. “Saya beraksi dengan dua persaingan sukar, jadi ia tidak terlalu teruk.

Aksi Kyrgios ketika suka akhir Terbuka di Estoril. Krygios kehilangan peluang untuk mara ke persaingan akhir kedua berturut–turut di Terbuka Estroil apabila tewas 6-3 7-5 kepada Nicolas Almagro, semalam. – AFP
Aksi Kyrgios ketika suka akhir Terbuka di Estoril. Krygios kehilangan peluang untuk mara ke persaingan akhir kedua berturut–turut di Terbuka Estroil apabila tewas 6-3 7-5 kepada Nicolas Almagro, semalam. – AFP

“Saya berlepas ke Madrid sekarang bagi persaingan Masters, tetapi saya tidak mengharapkan banyak.”

Almagro memiliki dedikasi bagi beberapa musim lalu untuk kembali dari kecederaan.

Tetapi pemain itu, 30, sekarang berada di kedudukan bagi memenangi trofi ke 13 sepanjang kerjayanya jika dia berjaya mengatasi Carrreno Busta sebagai pesaing yang beraksi buat kali pertama.

Almagro mendahului selepas mencatatkan tiga break servis dan kemudian mendapatkan break bagi kedudukan 6-5. Dia mara ke persaingan seterusnya dengan tiga mata penamat yang pertama.

Kyrgios bersaing bagi separuh akhir keempatnya tahun 2016 setelah melangkah ke gelanggang tanah liat buat kali pertama pada tahun ini ketika pertandingan Roland Garros semakin hampir pada 22 Mei.