Kyrgios yakin boleh beraksi bagi Piala Davis

Kyrgios yakin boleh beraksi bagi Piala Davis

SYDNEY, 13 Sept – Pemain nombor satu Australia, Nick Kyrgios tidak begitu bimbang terhadap kecederaan pinggulnya dan berkata dia sudah berasa sedia untuk beraksi dalam pertandingan playoff Piala Davis menentang Slovakia.

Kecederaan tersebut memaksa Kyrgios, pemain nombor 15 dunia, untuk menamatkan pusingan ketiga Terbuka AS dalam keadaan hiba seminggu lalu. Tetapi dia berkata di Sydney: “Saya tidak akan berada di sini jika saya tidak mahu beraksi.”

“Saya berasa sedia. Saya sudah beraksi dengan sebaiknya,” tambah pemain itu, 21.

“Saya membuat latihan sejak berada di sini dan melalui sejam setengah, jadi ia dirasakan bagus dan saya berasa yakin mengenainya.

Nick Kyrgios ketika membuat latihan menjelang perlawanan Piala Davis menentang Slovakia. – AP
Nick Kyrgios ketika membuat latihan menjelang perlawanan Piala Davis menentang Slovakia. – AP

“Saya mendapatkan kecederaan yang berlaku tiba-tiba. (Tetapi) saya merasakan saya beraksi dengan baik. Saya berada dalam peningkatan sepanjang tahun. Saya beraksi dengan baik. Saya merasa yakin dan saya merasakan kami boleh melakukan banyak perkara yang hebat.”

Kyrgios yang membuat kemunculannya dalam Piala Davis dalam beregu ketika berusia 18 tahun pada 2013 beraksi dalam empat pertandingan, dengan mencatatkan rekod menang-tewas 3-4 dalam perseorangan.

Bernard Tomic dan pakar beregu John Peers dan Sam Groth melengkapkan pasukan itu untuk menghadapi Slovakia bermula dari 16 hingga 18 September, di mana kedua-dua buah negara yang berusaha untuk merebut tempat dalam Kumpulan Dunia pada tahun depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA