Kyrie Irving selamatkan Cavaliers

Kyrie Irving selamatkan Cavaliers

PHOENIX, 29 Dis – Kyrie Irving mencatat 3 pointer ketika masa permainan berbaki 21.9 saat dan Cleveland Cavaliers bertahan untuk mencipta kekalahan kali kelima berturut-turut bagi Phoenix, 101-97 semalam.

Jaringan 3 pointer Brandon Knight mengurangkan pendahuluan Cleveland kepada 96-95 dengan permainan tinggal lagi 1:27 dan selepas LeBron James terlepas perlepasan bola. Knight mencatatkan 3 pointer lagi tetapi ia dibatalkan kerana foul ke atas Tyson Chandler dari Suns.

Pasukan Cav hampir mengubah pada penguasaannya seterusnya tetapi Irving yang mendapat bola yang melepaskan bola dari atas.

Dalam permainan keempatnya sejak kembali beraksi selepas mengalami kecederaan lutut, Irving telah melakukan floater 12 kaki untuk meletakkan Cleveland di hadapan dengan 96-92 dengan tinggal permainan 1:44.

Irving mencatat 22 mata, JR Smith mencatat 17 dan Kevin Love menambah 16 untuk Cavs. James mencatat 14 mata, dalam suku keempat.

Kyrie Irving cuba melepasi pertahanan pemain Phoenix Suns. – Reuters
Kyrie Irving cuba melepasi pertahanan pemain Phoenix Suns. – Reuters

TJ Warren mencatatkan 23 bagi Suns, yang pada awal hari itu mengumumkan mereka telah memecat penolong-penolong jurulatih Mike Longabardi dan Jerry Sichting.

Sementara itu Stephen Curry mengatasi permulaan perlahan dengan mencatatkan 23 mata sebagai sebahagian dari karier keenamnya dan Golden State menumpaskan Sacramento bagi kemenangan ke 29 dalam 30 perlawanan musim ini.

Curry menambah 14 rebounds dan 10 assists, Klay Thompson mencatatkan 29 mata dan Draymond Green 25 mata bagi Warriors., yang telah menang 33 berturut-turut perlawanan di tempat sendiri.

Omri Casspi mencatatkan 36 mata, mengikat rekod pasukan Mike Bibby degnan sembilan 3 pointer bagi Sacramento tetapi pasukan Kings masih tewas 11 kali berturut-turut apabila menentang saingan mereka Northern California.

Kumpulan Kings gembira menerima De Marcus Cousins buat kali pertama dalam tiga pertemuan dengan Warriors musim ini. Tetapi All-Star bermain kurang 13 minit yang dibelenggu faul. – Agensi