LA Galaxy langkah kanan

LA Galaxy langkah kanan

LOS ANGELES, 8 Mac (AFP) – Los Angelesa Galaxy memulakan musim persaingan Major League Soccer mereka yang baru dengan kemenangan 4-1 ke atas DC United Ahad lalu yang diinspirasikan dua pemain bintang.

Pasukan Galaxy yang menyaksikan kesebelasan utama adalah bekas pemain Liga Perdana, Steven Gerrard, Ashley Cole, Nigel de Jong dan Robbie Keane, dilihat berbahaya tewas mengejut selepas United mendahului menerusi jaringan Lamar Neagle pada minit kelima.

Tetapi juara Piala MLS lima kali itu bangkit separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan menerusi pertahanan, Daniel Steres pada minit ke-54 selepas sepakan sudut Mike Magee. Magee kemudian meletakkan Galaxy di depan, yang melakukan rembatan sudut sukar dari jarak dekat pada minit ke-64 untuk menukar kedudukan menjadi 2-1.

Magee kemudian mendapatkan sepakan penalti yang disudahkan oleh kapten pasukan Robbie Keane pada minit ke-83 sebelum membuat tandukan bagi gol keduanya empat minit kemudian untuk melengkapkan jaringan.

Steven Gerrard (8) bersaing dengan Bobby Boswell (32) dari D.C. United dalam persaingan MLS di StubHub Center, kelmarin. – AFP
Steven Gerrard (8) bersaing dengan Bobby Boswell (32) dari D.C. United dalam persaingan MLS di StubHub Center, kelmarin. – AFP

Di Oregon, juara Portland Timbers menewaskan Columbuis Crew 2-1 dalam perlawanan timbal balik persaingan akhir Piala MLS musim lalu. Midfield Portland, Diego Valeri dan pemain penyerang Nigeria, Fanendo Adi menjaringkan gol bagi pasukan juara itu.

Jaringan Crew terhasil menerusi sepakan cantik Federico Higuain, 31, adik kepada bintang Argentina dan Napoli, Gonzalo Higuain.

Ketua jurulatih Portland, Caleb Porter gembira dengan kejayaan yang dipercayainya menjadi penanda aras musim. “Kami hari ini menunjukkan kami mendapatkan yang terbaik di mana kami berhenti. Tahun lepas bukanlah anomali,” kata Porter.

Orlando City menghasilkan keputusan luar biasa dengan kebangkitan pada masa kecederaan untuk seri 2-2 menentang Real Salt Lake di depan 60,147 orang penyokong di Citrus Bowl.

ARTIKEL YANG SAMA