La Liga serah ringkasan perlawanan 90 saat

La Liga serah ringkasan perlawanan 90 saat

MADRID, 20 Jan – Jawatankuasa pertandingan Sepanyol mengarahkan La Liga untuk menyerahkan ringkasan setiap perlawanan selama 90 saat kepada semua stesen televisyen selain memberikan kebenaran kepada semua stesen untuk memasuki stadium.

Jawatankuasa Pemasaran dan Pertandingan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai CNMC berkata, keputusan itu dibuat berikutan aduan yang difailkan stesen penyiaran Mediaset Sepanyol kepada Liga Bolasepak Profesional (LFP) berhubung larangan terhadap media daripada memasuki stadium ketika perlawanan liga utama.

Undang-undang penyiaran Sepanyol menetapkan pemegang hak penyiaran TV perlu menyerahkan ringkasan aksi selama 90 saat kepada badan penyiar lain.

Pegangan ke atas hak bola sepak meningkat disebabkan perjanjian bernilai berbilion euro selepas ia menampilkan dua pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

LFP yang menjual hak penyiaran kepada TVE berkata, keputusan itu bermakna pihaknya perlu memberikan ringkasan setiap perlawanan selama 90 saat dan Mediaset yang memiliki saluran Telecinco dan Cuatro, membuat bantahan kerana mereka perlu membuat liputan ke atas semua aksi dan enggan menandatangani borang permohonan kad akreditasi untuk memasuki stadium. – AFP