La Maggica cuba kukuhkan cengkaman

La Maggica cuba kukuhkan cengkaman

MILAN, 27 Okt (AFP) – Roma akan berusaha untuk memberikan yang terbaik selepas Fiorentina dan Inter Milan gagal mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Serie A apabila memburu kemenangan kelima berturut–turut di tempat sendiri menentang Udinese esok.

Jaringan Mohamed Salah dan Gervinho dalam kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina hujung minggu membolehkan pasukan Rudi Garcia menduduki tangga teratas Serie A buat kali pertama musim ini untuk menggariskan kedudukan mereka.

Selepas permulaan sederhana, Roma menunjukkan ketajaman tetapi Garcia dari Perancis mengurangkan kepentingan sebarang perbincangan awal mengenai Giallorossi akan memenangi scudetto pertama sejak 2001 apabila Fabio Capello membimbing.

“Kami tidak mungkin menjadi pilihan sekarang walaupun kami berada pada kedudukan pertama. Tidak lama dulu kami semua tidak berguna, dari pemain sehinggalah kepada jurulatih dan begitu juga dengan pengarah sukan,” Garcia memberitahu media selepas kemenangan pasukannya menyaksikan mereka menggantikan Fiorentina di puncak liga.

“Kami hanya perlu melakukan tugasan kami dan sekarang kami adalah yang pertama selepas suku musim. Saya tidak perlu memberitahu pemain. Mereka perlu terus memijak bumi. Kami percaya pada diri sendiri jika bersatu dan rendah diri, tetapi perjalanan masih panjang,” tambahnya.

Pemain AS Roma, Mohamed Salah (kiri) bersaing untuk menguasai bola dengan pemain Fiorentina, Borja Valero dalam aksi Serie A di stadium Artemio Franchi di Florence, kelmarin. – Reuters
Pemain AS Roma, Mohamed Salah (kiri) bersaing untuk menguasai bola dengan pemain Fiorentina, Borja Valero dalam aksi Serie A di stadium Artemio Franchi di Florence, kelmarin. – Reuters

Bagaimanapun, pasukan Garcia akan beraksi tanpa midfield Daniele de Rossi yang digantung perlawanan begitu juga dengan penjaring terbanyak, Salah, yang diarah meninggalkan padang pada akhir kemenangan di Florence, Ahad lalu.

Napoli berada di tangga kedua setelah mencatatkan empat kemenangan, terbaru Gonzalo Higuain yang memberikan kemenangan 1-0 di Chievo, tetapi pemain dari Argentina itu berkata dia dan rakan sepasukannya tidak melihat jauh. “Kami menghantar mesej kepada diri kami. Kami hanya menumpukan kepada apa yang kami lakukan dan tidak melihat apa yang pasukan lain lakukan,” Higuain memberitahu Sky Sport Italia.

“Serie A tahun ini adalah liga yang seimbang dan terdapat beberapa pasukan bersama–sama dengan perjalanan yang dituju masih jauh,” tambah penyerang Argentina itu, yang juga penjaring terbanyak bersama liga musim ini dengan tujuh gol.

ARTIKEL YANG SAMA