La Roja intai slot 16 terakhir

La Roja intai slot 16 terakhir

NICE, Perancis, 16 Jun (AFP) – Juara Eropah Sepanyol adalah pasukan yang bermula perlahan pada perlawanan utama, tetapi selepas jaringan kemenangan Gerard Pique dalam aksi pembukaan Euro 2016 mereka, pasukan Vincente del Bosque sudah menumpukan perhatian untuk 16 pasukan terakhir apabila bertemu Turki esok.

Kekalahan aksi pembukaan pada Piala Dunia 2010, dan seri pada Kejohanan Eropah 2012 hanya diambil kira sedikit ketika Sepanyol memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.

Tetapi selepas kekalahan teruk 5-1 di tangan Belanda mencetuskan penyingkiran pada pusingan pertama Piala Dunia 2014, Sepanyol menarik nafas lega dengan kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech di Toulouse Isnin lalu.

Sepanyol sekarang adalah pasukan tanpa kalah dalam 13 perlawanan Kejohanan Eropah, tetapi persoalan yang masih berlegar dalam kalangan pemerhati adalah mengenai kekuatan serangan yang memberikan jurulatih veteran Del Bosque banyak pilihan bagi aksi kedua Kumpulan D mereka.

Juara bertahan dua kali itu mendominasi posisi dan hanya mampu mencatatkan 17 sepakan tepat, tetapi terpaksa menunggu sehingga minit ke-87 bagi Pique untuk membuat tandukan.

Barisan kesebelasan utama Sepanyol yang diturunkan untuk menentang Republik Czech di Toulouse, 13 Jun lalu. – AFP
Barisan kesebelasan utama Sepanyol yang diturunkan untuk menentang Republik Czech di Toulouse, 13 Jun lalu. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Salah seorang daripada beberapa muka baru Sepanyol membuat kemunculan pertama, penyerang Athletic Bilbao, Artiz Aduriz yang berada di bangku simpanan dan Alvaro Morata pula melepaskan beberapa peluang di depan gawang kendalian Petr Cech.

Aduriz menggantikan Morata untuk 20 minit terakhir, tetapi gagal untuk membuat impak besar dan hanya menghasilkan sepakan yang tersasar.

“Perkara penting adalah kami menang dan mendapatkan mata. Ia penting bagi perlawanan pertama,” kata Aduriz.

Del Bosque juga menyerahkan kemunculan Kejohanan Eropah kepada pemain sayap Celta Vigo, Nolito dan midfield Bayern Munich, Thiago Alcantara, walaupun keduanya diberikan jaminan untuk beraksi menentang Turki.