La Roja terima padah – Juanfran

La Roja terima padah – Juanfran

SAINT-MARTIN-DE-RE, 24 Jun (AFP) – Pertahanan kanan Sepanyol, Juanfran mengakui La Roja wajar menerima hukuman setimpal akibat terlalu yakin tatkala juara bertahan itu dikejutkan oleh Croatia untuk terlepas tangga teratas Kumpulan D Euro 2016.

Jaringan kemenangan Ivan Perisic tiga minit sebelum tamat permainan menyaksikan La Roja berdepan undian lebih sukar dan akan berdepan musuh tradisi Itali dalam pertembungan yang dianggap ulangan final Euro 2012 pada pusingan 16 terakhir, lewat malam Isnin ini.

“Kami perlu perbetulkan sikap terlalu yakin ketika menentang Croatia untuk pertemuan dengan Itali,” kata pertahanan Atletico Madrid itu.

“Saya menipu jika saya bercakap kami tidak memikirkan mengenai apa yang terjadi sewaktu menentang Croatia. Keyakinan berlebihan itu kami perlu segera atasi.”

Pemain Sepanyol Bruno dan Juanfran (kanan) semasa menghadiri sidang media di stadium Saint Martin de Re kelmarin. – AFP
Pemain Sepanyol Bruno dan Juanfran (kanan) semasa menghadiri sidang media di stadium Saint Martin de Re kelmarin. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Malah, jika Sepanyol melepasi halangan skuad kendalian Antonio Conte, Sepanyol berdepan laluan sukar apabila perlu mengalahkan Jerman atau Perancis di suku akhir dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan di pentas final yang akan berlangsung di Paris, 10 Julai ini.

Sepanyol terpaksa membayar harga tinggi di atas kegagalan kapten Sergio Ramos menyempurnakan penalti pada minit ke-72 untuk Perisic menghukum dengan jaringan kemenangan yang sepatutnya diselamatkan penjaga gol David de Gea.

“Kami mengawal permainan. Kami mempunyai peluang dan hampir selesai dengan 2-1,” tambah Juanfran.

ARTIKEL YANG SAMA