Laba di bulan Ramadan

Laba di bulan Ramadan

Oleh Rahmat bin Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Gerai-gerai Ramadan yang dibuka di serata tempat di negara ini terus menjadi tumpuan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan ugama untuk membeli dan merasai pelbagai juadah untuk memenuhi selera.

Di ibu negara, kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ialah di perkarangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, medan letak kereta berdepan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, kawasan Pasar Gadong, serta tempat-tempat lain, termasuk di tepi-tepi jalan.

Di Daerah Tutong, gerai-gerai Ramadan sudah tentu dikhaskan di kawasan bangunan Pasar Tamu di Kampung Sengkarai, di kampung-kampung sepanjang jalan Tutong dari Kampung Lugu hingga Kampung Lamunin.

Di Pekan Belait, gerai-gerai Ramadan dikhaskan di bangunan Tamu di Jalan Sungai, Kuala Belait dan di Pekan Seria pula di kawasan Tamu dekat dengan Pasar Lorong Tiga.

Suasana di Gerai Ramadan di Pekan Muara.
Suasana di Gerai Ramadan di Pekan Muara.

Begitu juga dengan Daerah Temburong, yang meriah dengan gerai-gerai Ramadan di kawasan bangunan pasar tamu. Di kawasan Jalan Perusahaan Muara, terdapat kira-kira 40 gerai yang menjual pelbagai juadah dan menu istimewa.

Beberapa peniaga di Pasar Ramadan, Muara memberitahu, tahun ini terdapat sedikit peningkatan jualan kerana ramai sudah penduduk ditempatkan di Rancangan Perumahan Negara di Kampung Tanah Jambu, Kampung Meragang, Lambak Kanan, Lambak Kiri dan Bukit Sibanging.

ARTIKEL YANG SAMA