Labah-labah NZ miliki rahang terpantas di dunia

Labah-labah NZ miliki rahang terpantas di dunia

WELLINGTON, 8 April (dpa) – Seekor labah-labah kecil New Zealand dikatakan memiliki rahang paling pantas di dunia, selepas para penyelidik melihatnya dalam rakaman video berkelajuan tinggi ketika ia menyambar mangsanya dalam satu persepuluh milisaat.

Penyelidikan itu yang disiarkan hari ini dalam jurnal Current Biology, telah dilakukan oleh saintis Amerika Syarikat yang meneroka aktiviti lebah rahang perangkap, yang hanya ditemui di New Zealand dan Amerika Selatan.

Para penyelidik Hannah Wood dari Muzium Negara Sejarah Alam Semula Jadi Institusi Smithsonian di Amerika Syarikat (AS) mengatakan ahli saintis sebelumnya telah melihat serangan pemangsa berkelajuan tinggi serupa oleh semut, tetapi bukan labah.

Wood merakamkan 14 spesies labah-labah dari keluarga Mescysmaucheniid yang menyerang mangsa serangga. Spesies terpantas, dari genus Zearchaea, hanya ditemui di New Zealand.

Kuasa itu dijanakan daripada rahang beberapa labah dalam kajian yang lebih daripada otot kecil mereka boleh hasilkan, bermaksud beberapa mekanisme struktural lain turut berperanan penting, kata Wood.

“Mengkaji mengena labah-labah ini membolehkan manusia untuk mereka robot yang bergerak dalam cara baru dengan berdasarkan tentang bagaimana labah-labah ini bergerak.”

ARTIKEL YANG SAMA