Labuan A juara takraw veteran

Labuan A juara takraw veteran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Pasukan Labuan A berjaya menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Veteran bagi merebut Piala Penghulu Mukim Serasa selepas menewaskan Pasukan Labuan B dengan mata 2-0 di gelanggang Jabatan Pelabuhan Muara, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan tersebut berjaya beraksi pada gelanggang akhir selepas menewaskan Pasukan Pelangi dan Pasukan Muara Spurs yang tewas pada peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.

Kejohanan yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Serasa itu disertai lapan buah pasukan termasuk dua buah pasukan dari Wilayah Persekutuan Labuan, Pelabuhan A, Pasukan Serasa, Pasukan Pelangi, Pasukan Labuan B, Muara Spurs, Sengkurong dan Serasa B.

Gambar ramai pemenang bersama ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Serasa selepas selesai kejohanan tersebut.
Gambar ramai pemenang bersama ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Serasa selepas selesai kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA