Labuan catat peningkatan bilangan penderma organ

Labuan catat peningkatan bilangan penderma organ

LABUAN, 5 Ogos (Bernama) – Pulau Labuan mungkin mempunyai jumlah penduduk yang kecil tetapi mencatatkan jumlah tertinggi penderma organ.

Bilangan mereka yang berdaftar sebagai penderma organ di pulau ini telah meningkat beransur-ansur sejak bertahun-tahun lalu.

Seramai 242 penderma telah berdaftar setakat ini dengan kaum Cina sebagai penderma majoriti diikuti oleh masyarakat Melayu dan kaum lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan menderma organ.

Dalam temu bual dengan Bernama hari ini, beliau berkataperuntukan telah disalurkan kepada jabatan untuk menjalankan lebih banyak program berkaitan termasuk seminar, pameran, sesi kaunseling dan penubuhan gerai dalam program sesi bertemu rakyat.

Seminar bertemakan ‘Grief Response Organ Donation Awareness’ dan kempen mengenai kesedaran menderma organ diadakan minggu lepas dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta.

Dr Ismail berkata setakat Mei tahun ini sebanyak 37 pemindahan organ telah dijalankan di Kuala Lumpur.