Lacazette, Blanc terima anugerah

Lacazette, Blanc terima anugerah

PARIS, 19 Mei – Penyerang Lyon, Alexandre Lacazette telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perancis tahun ini dalam satu majlis di Paris pada Ahad dan pengurus Paris Saint-Germain Laurent Blanc pula memenangi anugerah Jurulatih Terbaik Ligue 1 tahun ini.

Lacazette memenangi anugerah selepas diundi oleh rakan-rakannya mendahului trio PSG Zlatan Ibrahimovic, Javier Pastore dan Marco Verratti selepas musim luar biasa dengan 27 jaringan Ligue 1 untuk membantu Lyon selesai di tempat kedua dan layak menyertai Liga Juara-Juara musim depan.

Rentak menarik Lacazette telah menarik minat kelab lain dengan PSG dan Arsenal dikatakan sudah mendekati pemain berusia 23 tahun itu. Dan Lacazette mengakui beliau tidak pasti ke mana arahnya selepas kempen musim ini selesai.

Ibrahimovic tidak meraih hadiah pemain terbaik tahun ini tetapi Blanc memenangi anugerah jurulatih buat kali kedua dalam kerjayanya, sehari selepas kelab ibu negara itu mengekalkan gelaran Perancis.

Blanc semasa menerima anugerah Jurulatih Terbaik L1 dalam satu majlis Kesatuan Pemain Profesional Bola Sepak Perancis ke-24 di Paris kelmarin. - AFP
Blanc semasa menerima anugerah Jurulatih Terbaik L1 dalam satu majlis Kesatuan Pemain Profesional Bola Sepak Perancis ke-24 di Paris kelmarin. – AFP

Pemain berusia 49 tahun itu yang menerima penghormatan serupa apabila ketika membimbing Bordeaux pada 2008, menyaksikan pasukan PSG beliau menjulang gelaran Ligue 1 ketiga berturut-turut dengan baki satu permainan pada Sabtu selepas menewaskan Montpellier 2-1.

Setelah memenangi Trofi Juara untuk pembukaan musim dan Piala Liga, PSG boleh menyapu bersih tiga gelaran domestik dengan menewaskan pasukan divisyen kedua Auxerre pada final Piala Perancis 30 Mei nanti.

Hubert Fournier yang membimbing pasukan naib juara Lyon, Christophe Galtier Saint-Etienne dan Jocelyn Gourvennec dari Guingamp adalah antara calon lain yang disenarai pendek untuk anugerah jurulatih terbaik.

Nabil Fekir dari pasukan naib juara Lyon yang menjaringkan 13 gol Ligue 1 musim ini bermain bersama Lacazette dan baru-baru ini telah memenangi anugerah pemain muda terbaik tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA