Lacur: Wanita China dibebaskan

Lacur: Wanita China dibebaskan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Mahkamah Majistret, hari ini, melepaskan dua orang wanita warga China atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain melepaskan kedua-dua tertuduh sehingga Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff dapat mengemukakan bahan bukti baru ke atas tertuduh.

Terdahulu, Chen Nanfang, 25, dan Chen Simei, 26, didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran di bilik salah sebuah hotel di Kiulap pada 29 Disember 2015 sekitar jam 8:45 malam.

pg01_150108_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA