LafargeHolcim setuju jual operasi di India

LafargeHolcim setuju jual operasi di India

PARIS, 11 Julai – Syarikat pembinaan Switzerland, Lafarge-Holcim, pengeluar simen terbesar di dunia, berkata hari ini ia telah bersetuju untuk menjual operasinya di India kepada pengilang kosmetik dan bahan cuci India, Nirma sekitar AS$1.4 bilion.

Operasi itu, yang masih lagi tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Persaingan India yang akan membenarkan LafargeHolcim “untuk terus mengurangkan hutang kumpulan,” menurut firma itu dalam satu kenyataan.

“Persetujuan itu adalah satu langkah penting dalam program pelaburan negatif penyahlaburan sekitar 3.5 bilion Swiss francs,” kata ketua eksekutif Eric Holsen.

“Dengan perjanjian ini, dua pertiga daripada program itu telah dilaksanakan dan selebihnya lagi masih dalam perkembangan.”

Holsen menambah, bahawa di Nirma, berpangkalan di Ahmedabad, kerajaan Gujarat, “kami telah menemui rakan tepat yang dapat membangun kan perniagaan selanjutnya dalam kepentingan bagi semua pemegang saham kami.”

Kumpulan itu, telah memeterai gabungan tahun lepas bersama kumpulan Perancis, Lafarge dengan rakan sejawatan Switzerland, Holcim, yang sudah melepaskan operasinya di Korea Selatan dan menandatangani persetujuan untuk melakukan hal yang serupa dengan kepen-tingannya di Arab Saudi.

Lafarge India mengoperasikan tiga kilang simen dan dua stesen pengisar dengan kapasiti tahunan keseluruhannya berjumlah sekitar 11 juta tan.

Ia merupakan salah satu pengilang konkrit siap campur terkemuka di India. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA