LaFerrari Aperta luar biasa

NAZA Italia, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama Ferrari di Malaysia memperkenalkan edisi khas LaFerrari Aperta sempena festival jenama global bagi meraikan ulang tahun ke-70 Ferrari.

Model edisi terhad LaFerrari Aperta adalah simbol ikonik Ferrari dengan hanya 209 unit sahaja dikeluarkan di seluruh dunia.

Tahap eksklusifnya model ini lebih menonjol apabila ditawarkan menerusi jemputan eksklusif kepada pelanggan sedia ada yang memiliki sehingga enam unit Ferrari.

Ketua Pegawai Operasi Naza Italia, Farid Sulaiman berkata, kereta supersport terbaru dari Maranello itu menerima suntikan teknologi terbaik, prestasi dinamik dan gaya unik yang menzahirkan secara tepat jenama Ferrari untuk tujuh dekad.

Katanya, siri istimewa versi Spider itu dijana enjin hibrid yang sama seperti coupé iaitu enjin 6,262cc V12, digabungkan bersama motor elektrik 120 kW bagi meledakkan kuasa keseluruhannya 963 cv.

Dengan hanya 209 unit sahaja dikeluarkan di seluruh dunia, bakal pembelinya pula perlu mempunyai enam buah kereta Ferrari!
Dengan hanya 209 unit sahaja dikeluarkan di seluruh dunia, bakal pembelinya pula perlu mempunyai enam buah kereta Ferrari!
LaFerrari Aperta dilengkapi enjin 6,262cc V12 dan digabungkan bersama motor elektrik 120 kW dengan kuasa maksimum 963 cv.
LaFerrari Aperta dilengkapi enjin 6,262cc V12 dan digabungkan bersama motor elektrik 120 kW dengan kuasa maksimum 963 cv.

“Kriteria ditetapkan Ferrari amat ketat, mereka akan melihat jika pelanggan masih memiliki enam kereta terbabit yang didaftar di bawah Ferrari dalam garaj barulah pelanggan akan menerima jemputan untuk memilikinya.

“Model ini dijual pada harga bermula daripada RM6.8 juta. Setakat ini dua pembeli dari negara ini bakal menerima model ikonik ini pada awal tahun hadapan,” katanya pada pelancaran LaFerrari Aperta di Kuala Lumpur, awal bulan ini tadi.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA World, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Turut berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-70 Ferrari di Malaysia yang bakal menyusul dengan acara kemuncak konvoi Ferrari dari Kuala Lumpur ke tapak UNESCO di Pulau Pinang.

Dalaman yang mewah dan eksklusif sudah sinonim dengan jenama Ferrari.
Dalaman yang mewah dan eksklusif sudah sinonim dengan jenama Ferrari.

Sementara itu, Farid berkata, syarikat dijadualkan melancarkan pameran Ferrari City baru di Naza Platinum Park menjelang akhir September ini.

Katanya, pelancaran pameran Ferrari City itu akan menjadi platform penting mengukuhkan kehadiran jenama kereta supersport Ferrari di kawasan utama bandar metropolitan Kuala Lumpur.

“City Showroom akan memiliki ruang pameran untuk model utama, model terkini atau sebarang siri istimewa yang akan dikeluarkan pada masa depan.

“Cuma bagi perkhidmatan servis, mereka masih perlu menghantarnya ke pusat servis di Petaling Jaya,” katanya.

Menurut maklumat lanjut dari BHAuto, LaFerrari Aperta dilengkapi enjin 6,262cc V12, digabungkan bersama motor elektrik 120 kW dengan kuasa maksimum 963 cv. Paling menarik, bakal pembelinya perlu memiliki enam kereta Ferrari.