Lagarde tidak punyai pencabar

Lagarde tidak punyai pencabar

WASHINGTON, 12 Feb – Christine Lagarde, wanita pertama memimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), terjamin hari ini dalam menjawat jawatan pengarah urusan bagi tempoh kedua untuk mengemudi melalui ekonomi global yang lembap.

Lembaga eksekutif bagi peminjaman krisis global itu mengumumkan bahawa tiada pencabar yang akan berdepan dengan Lagarde, bagi tempoh lima tahun yang akan bermula Julai depan.

Terdapat persoalan kecil di mana jawatan itu tidak akan dipertandingkan selepas Lagarde, 60, berkata dia akan menjawat bagi mandat kedua pada 22 Januari, sehari selepas tempoh pencalonan dibuka. Ia ditutup pada lewat malam Rabu.

Bekas menteri kewangan Perancis itu menerima sokongan padu dari seluruh dunia, dari seluruh Eropah, termasuk Perancis, Jerman dan Britain; China, Amerika Latin; Kanada; dan Amerika Syarikat, pemegang saham terbesar IMF. Kelmarin, Setiausaha Perbendaharaan Jacob Lew secara rasmi mengumumkan sokongan AS dan memujinya bagi “kerja yang luar biasa” dalam menerajui IMF sejak lima tahun ke belakang “pada saat kritikal bagi ekonomi global.”

Melalui sokongan-sokongan itu berkemungkinan besar menyebabkan orang lain tidak memohon bagi jawatan itu.

Christine Lagarde yang dijangka akan menerajui IMF bagi tempoh kedua. – Reuters
Christine Lagarde yang dijangka akan menerajui IMF bagi tempoh kedua. – Reuters

Lembaga itu, mewakili 188 ahli negara IMF, berkata ia akan mengadakan mesyuarat dengan Lagarde dan mahu melengkapi proses pemilihan “secepat yang mungkin” dan atas dasar kesepakatan. Keputusannya dijangkakan pada awal Mac.

Melainkan berlakunya satu perkara secara tiba-tiba atau yang tidak dijangka, keputusan mesyuarat itu sudah pasti.

Pada 2011, Lagarde bertanding dengan gabenor bank pusat Mexico, Agustin Carsten, untuk menggantikan Dominique Strauss-Kahn, yang meletak jawatan dalam kehinaan berikutan skandal seks. Dia menikmati sokongan meluas, termasuk daripada pasaran yang pesat membangun dan negara-negara membangun.

Jawatan atasan IMF telah dipegang oleh Eropah sejak institusi itu ditubuhkan pada 1944. Jawatan presiden institusi seumpamanya, Bank Dunia, secara tradisi dipegang oleh orang Amerika. – AFP