Lagi 10 ditangkap serangan bom Ankara

Lagi 10 ditangkap serangan bom Ankara

ISTANBUL, 15 Okt – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu hari ini berkata 10 orang lagi ditangkap atas serangan pengeboman di Ankara yang mengorbankan 99 nyawa dan pada tweet yang memaparkan insiden itu sebelum letupan berlaku.

Kerajaan Turki membuat penekanan pada paparan tweet yang nampaknya sudah meramalkan kejadian pengeboman berani mati itu sebelum serangan Sabtu lalu pada perhimpunan damai di Ankara.

Pegawai telah berusaha untuk menghubungkan akaun suspek kepada Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan(PKK). Tetapi kerajaan juga mensasarkan suspek utama dalam serangan itu adalah kumpulan pelampau Negara Islam (IS).

Davutoglu memberitahu saluran berita TGRT dalam satu wawancara bahawa Turki telah mencari bukti penglibatan PKK dan IS dalam letupan itu. Menurutnya siasatan yang dijalankan mendapati antara mereka yang ditahan adalah dikaitkan dengan PKK. Sepuluh orang telah ditangkap setakat ini hasil daripada siasatan tersebut.

Kerajaan Turki telah berkata bahawa dua orang yang mempunyai hubungan dengan PKK telah ditahan kerana telah membuat kenyataan pengeboman di tweet 9 jam sebelum serangan itu berlaku. Dalam serangan yang paling teruk dalam sejarah Turki, dua pengebom berani mati meletupkan diri mereka di khalayak ramai di Ankara. Laporan media Turki juga berkata kedua-dua pengebom itu telah dikenal pasti sebagai Yunus Emre Alagoz, saudara lelaki yang melakukan serangan yang sama di bandar Suruc pada Julai lalu membunuh 34 orang, dan Omer Deniz Dundar yang telah dua kali ke Syria sejak kebelakangan ini. Laporan telah mengaitkan pasangan itu dengan kumpulan IS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA