Lagi 4 warga Palestin ditembak mati

Lagi 4 warga Palestin ditembak mati

HEBRON, Wilayah-Wilayah Palestin, 18 Okt – Empat warga Palestin yang ditembak mati merupakan serangan kali kelima tentera Israel di timur Baitulmaqddis dan Tebing Barat semalam, ketika keganasan menimbulkan kebimbangan tentang kebangkitan yang tidak menunjukkan sebarang perubahan ke arah kedamaian.

Keganasan yang telah mencengkam lebih dua minggu mengakibatkan ‘kebimbangan mendalam’ Presiden AS Barack Obama untuk menggesa bagi ketenangan, dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijangka mempengerusikan rundingan kabinet mingguan hari ini.

Sementara itu di Paris, Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry berkata hari ini beliau akan menemui pemimpin-pemimpin Israel dan Palestin pada perjalanan berasingan ke Jerman dan Timur Tengah selepas insiden keganasan di Israel dan wilayah Palestin semakin berleluasa.

Walau bagaimanapun Kerry tidak memberi apa-apa maklumat lanjut tentang bila sebenar-nya beliau akan bertemu dengan Netanyahu dan Abbas, atau tempat perbincangan beliau dengan pemimpin Palestin di Timur Tengah itu.

Penunjuk perasaan Palestin semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel berhampiran penempatan Beit El di pinggir Ramallah di Tebing Barat, Sabtu lalu. - AFP
Penunjuk perasaan Palestin semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel berhampiran penempatan Beit El di pinggir Ramallah di Tebing Barat, Sabtu lalu. – AFP

Israel dan wilayah Palestin telah terjerumus dalam keganasan dan pergolakan selama lebih daripada dua minggu, membunuh 41 rakyat Palestin dan tujuh rakyat Israel dan menimbulkan kebimbangan pemberontakan skala penuh Palestin.

Angka kematian yang meningkat telah mengundang kebimbangan terhadap kebangkitan baru rakyat Palestin, seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987-1993 dan 2000-2005, apabila beribu-ribu orang terbunuh dalam keganasan hampir setiap hari.

Tiga serangan semalam berlaku di bandar Tebing Barat, Hebron, yang mana kira-kira 500 orang peneroka Yahudi tinggal di enklaf yang dikawal ketat di tengah bandar itu yang dikelilingi hampir 200,000 orang rakyat Palestin. Serangan keempat berlaku di pos pemeriksaan di kawasan penempatan Yahudi di timur Baitul-maqdis yang dirampas Israel, dan serangan kelima berlaku di tempat pemeriksaan lain.

Kesemua kejadian melibatkan seorang penyerang Palestin yang cuba menikam tentera Israel, dengan anggaran empat penyerang telah ditembak mati.

Di Hebron, Fadel al-Kawatsmi, 18 tahun cuba menikam seorang peneroka sebelum ia ditembak mati, menurut sumber keselamatan tentera dan Palestin.

Video yang diedarkan oleh aktivis-aktivis Palestin menunjukkan seorang lelaki muda mengenakan kippa mengayun-ayunkan pistol ketika tembakan dilepaskan, sebelum tentera-tentera Israel bergerak masuk untuk menariknya daripada gelimpang mayat yang terbaring di atas tanah. – AFP