Lagi 6,383 terima kurnia

Lagi 6,383 terima kurnia

Oleh Siti Nur Wasimah S. & Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani & Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengurniakan kurnia peribadi Baginda kepada 6,383 lagi penerima daripada golongan tertentu Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan penerima kurnia peribadi Baginda Sultan di keempat-empat daerah seramai 17,284 orang. Majlis penyampaian kurnia peribadi Baginda berlangsung di Istana Nurul Iman; dan Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Istana Nurul Iman disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, selaku wakil peribadi Baginda.

Seramai 5,618 orang terdiri daripada beberapa golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam majlis tersebut.

Keberangkatan tiba YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah di Reception Hall dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seorang penerima di Istana Nurul Iman.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seorang penerima di Istana Nurul Iman.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada sebahagian penerima di Istana Nurul Iman.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada sebahagian penerima di Istana Nurul Iman.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada penerima di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar. - Gambar Syahmi Hassan
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada penerima di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar. – Gambar Syahmi Hassan

pg03_160630_c

YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan di Istana Nurul Iman, kelmarin.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan di Istana Nurul Iman, kelmarin.

pg03_160630_e

pg03_160630_f

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Manakala di Baitur Rahmah, keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; dan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Sementara itu, majlis penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut diadakan di Daerah Temburong bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Majlis penyampaian kurnia peribadi Baginda di Daerah Temburong disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Keberangkatan tiba YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dijunjung oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Seramai 765 orang terdiri daripada beberapa golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam majlis tersebut.

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia mencerminkan keprihatinan Baginda yang sentiasa ingin melihat kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya golongan yang memerlukan bantuan.

ARTIKEL YANG SAMA