Lagi ahli Republikan tanding presiden AS

Lagi ahli Republikan tanding presiden AS

WASHINGTON, 3 Julai (AFP) – Ahli Republikan Scott Walker, gabenor Wisconsin yang mendapat tumpuan negara kerana pertikaian berterusannya dengan kesatuan-kesatuan buruh, mengambil langkah pertama semalam ke arah kempen presiden Amerika Syarikat 2016.

Beliau yang berusia 41 tahun pada masa berada di tempat kedua dalam pengundian bagi tiket Republikan di belakang bekas gabenor Florida Jeb Bush dan mengatasi sedikit Senator Marco Rubio dan doktor bedah saraf bersara Ben Carson, menurut agregat yang dikumpulkan oleh RealClearPolitics.

“Selepas mendengar dari begitu ramai penduduk Amerika ketika fasa mengetahui pendapat umum, pada pagi semalam Gabenor Walker akan mendaftarkan kertas pencalonannya’ dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC), menurut seorang penolong sebelum FEC menerima dokumen.

Dia akan mengadakan acara pelancaran kempen di Waukesha, Wisconsin pada 13 Julai, menurut pembantunya.

Selain dari kempen pendaftaran jawatankuasa, Walker telah menulis sepucuk surat kepada FEC sebelum pengumuman rasminya minggu depan, dengan mengatakan beliau telah pun menerima sumbangan kempen.

Presiden AS Barack Obama berjabat tangan dengan Scott Walker (kiri) sejurus turun dari Air Force One di Lapangan Terbang La Crosse di La Crosse, Wisconsin, pada 2 Julai 2015. – AFP
Presiden AS Barack Obama berjabat tangan dengan Scott Walker (kiri) sejurus turun dari Air Force One di Lapangan Terbang La Crosse di La Crosse, Wisconsin, pada 2 Julai 2015. – AFP

Walker, yang telah memikirkan bidaan presiden selama beberapa bulan, mengetuai kumpulan di Iowa, menurut pengundian Universiti Quinnipiac di negeri itu yang mengundi terlebih dahulu dalam proses untuk memastikan calon-calon parti.

Beliau menjadi ahli Republikan utama ke 15 menyertai persaingan ini. Gabenor Ohio John Kasich, yang ke-16, dijangka menyertai persaingan lewat bulan ini.

Bekas setiausaha negara Hillary Clinton adalah pilihan ramai memenangi pencalonan Demokratik dalam persaingan untuk menggantikan Presiden Barack Obama.

Secara kebetulan, Obama telah pergi ke Wisconsin semalam untuk memberi ucapan tentang ekonomi.