Lagi dakwaan rasuah di PL

Lagi dakwaan rasuah di PL

LONDON, 30 Sept – Penolong pengurus Southampton Eric Black menjadi tokoh terbaru dalam bola sepak Inggeris yang dituduh menerima rasuah semalam dalam artikel akhbar yang telahpun memaksa Sam Allardyce meletak jawatan sebagai bos England.

Menurut akhbar Daily Telegraph, Black mencadangkan “beberapa grand” mungkin memujuk seorang rakan sekerja di sebuah kelab lain untuk memberikan maklumat mengenai pemain kepada sebuah syarikat yang mahu mewakili pemain bola sepak.

Peraturan Persatuan Bola Sepak mengharam bayaran sedemikian dan pegawai kelab negeri seperti Black harus melaporkan dengan serta merta mana-mana pencabulan berpotensi kepada FA, badan bola sepak Inggeris.

Black memberitahu Telegraph dia menafi cadangan mengatakan pegawai bola sepak harus dibayar ketika rundingan perpindahan.

Sebelum penerbitan pendedahan terbaru Telegraph semalam, pasukan Liga Perdana Southampton mengeluarkan satu kenyataan berkata: “Kelab Bola Sepak Southampton hari ini telah dimaklumkan oleh akhbar The Daily Telegraph bahawa, sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan mereka, penolong pengurus pasukan pertama kelab Eric Black akan dipaparkan sebagai sebahagian daripada artikel dalam akhbar esok.

“Kelab dengan serta merta meminta butir-butir artikel ini dihantar oleh The Daily Telegraph, namun akhbar enggan berkongsi sebarang maklumat lanjut.

“Hari ini kami telah menghubungi FA dan Liga Perdana, dan berhasrat bekerjasama dengan kedua-dua badan mengenai perkara ini apabila fakta menjadi jelas.

“Kelab Bola Sepak Southampton komited sepenuhnya untuk menyiasat sebarang situasi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada kelab kami, pekerja atau komuniti.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA