Lagi kebajikan pelajar terus dipeduli

Lagi kebajikan pelajar terus dipeduli

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG 24 Mei – Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan terus memberi perhatian terhadap kebajikan para pelajar terutama mereka yang memerlukan apabila jabatan itu menghulurkan sumbangan kepada seorang murid yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Menengah Temburong, pada 18 Februari lalu.

Majlis penyerahan derma kepada Nursyazaliyana binti Abdullah Ridzuan yang merupakan murid Tahun 1 Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar, Temburong telah diadakan hari ini, di sekolah berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Sekolah-sekolah, Haji Azis bin Haji Nayan.

Haji Azis bergambar ramai bersama Nursyazaliyana dan keluarganya selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.
Haji Azis bergambar ramai bersama Nursyazaliyana dan keluarganya selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Kanan Pelajaran Daerah Temburong, Awang Othman bin Bolhassan, pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah, Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Dayang Yusnani binti Ampuan Haji Mohd Yusof, guru-guru sekolah dan ibu bapa murid tersebut.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai itu merupakan hasil kutipan derma daripada para pegawai dan kakitangan di Jabatan Sekolah-sekolah dan juga dari sekolah-sekolah di bawah Kluster 1.

Majlis berkebajikan itu adalah sebagai tanda prihatin dan simpati ke atas pelajar dan ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA