Lagi letupan di China

Lagi letupan di China

BEIJING, 1 Okt (AFP) – Satu letupan baru melanda selatan bandar China hari ini, sehari selepas 17 bungkusan bom membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan berpuluh yang lain di daerah yang sama, lapor media negeri.

Letupan terbaru berlaku pada awal pagi di sebuah bangunan perumahan di Liucheng, daerah luar bandar di rantau Guangxi, lapor agensi berita Xinhua.

Bangunan enam tingkat itu, berhampiran biro pentadbiran lebuh raya tempatan di Liucheng, pusat daerah, menyebabkan “beberapa kerosakan” menurut laporan media tempatan, dan Xinhua melaporkan “bata berselerakan di sekitar” tapak letupan.

Tidak ada kecederaan yang dilaporkan, menurut laman blog Radio Nasional China CRI.

Stesen radio itu memetik seorang penduduk tempatan yang berkata beliau terjaga daripada tidur akibat letupan itu dan “menyangka berlakunya gempa bumi.”

Pergolakan terbaru berlaku sehari selepas 17 bungkusan bom meletup di pelbagai lokasi di daerah Liucheng, termasuk pejabat kerajaan, semalam.

Seorang tersangka tempatan berusia 33 tahun telah diberkas, kata pihak berkuasa, tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai motif di sebalik letupan.

ARTIKEL YANG SAMA