Lagi nahas bot pendatang

Lagi nahas bot pendatang

ANKARA, 15 Sept (AFP) – Seramai 22 pendatang yang cuba untuk tiba di Greece menggunakan bot, termasuk 11 wanita dan empat anak kecil lemas hari ini apabila kapal mereka karam di barat daya pantai Turki, lapor media tempatan.

Pengawal pantai Turki menemui sembilan lagi mayat, membawa jumlahnya kepada 22 orang dan 221 telah diselamatkan dari bot kayu yang berlayar dari barat daya pusat peranginan bandar Datca menuju ke pulau Kos, Dogan berhampiran Greece, lapor agensi berita Dogan.

Kerakyatan para penghijrah belum lagi diketahui. Usaha menyelamat masih lagi diteruskan, menurut agensi berita.

Bilangan penghijrah dan pelarian meningkat secara dramatik yang berlayar dari Turki menggunakan bot usang menuju ke Kesatuan Eropah.

Kebanyakan mereka lari daripada konflik dan penderitaan di Syria, Afghanistan, Pakistan dan Afrika.

ARTIKEL YANG SAMA