Lagi operasi bersama cegah jenayah

Lagi operasi bersama cegah jenayah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 12 Nov – Bagi memantau keselamatan penduduk kampung, Balai Polis Kuala Belait bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan B, malam tadi, telah menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar perumahan kampung berkenaan.

Operasi yang melibatkan 15 orang anggota polis dan lima orang ahli Pengawasan Kejiranan berkenaan bermula kira-kira pukul 12 tengah malam dengan diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Kuala Belait, ASP Wan Firdaus bin Haji Mohd Aminuddin.

Menyertai sama rondaan tersebut ialah Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malik bin Haji Abu Bakar. Bagaimanapun, rondaan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan yang berakhir kira-kira jam 2 pagi tadi tidak menemukan sebarang kesalahan jenayah.

Operasi antara lain juga bertujuan bagi mencegah aktiviti jenayah pecah rumah, curi dan sebagainya.

Pasukan yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah di kawasan Kampung Pandan B.
Pasukan yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah di kawasan Kampung Pandan B.

ARTIKEL YANG SAMA