Lagi pelajar jadi sasaran

Lagi pelajar jadi sasaran

ROSEBURG, 2 Okt (Reuters) – Seorang lelaki bersenjata menghendap sebuah kampus kolej Oregon semalam dan melepaskan tembakan, membunuh kira-kira sembilan orang dan mencederakan tujuh orang lagi sebelum polis menembaknya mati, menurut pihak berkuasa, dalam satu lagi letusan keganasan bersenjata Amerika Syarikat (AS) yang dianggap paling mengakibatkan banyak kematian tahun ini.

Suspek, yang menurut saksi telah melepaskan berbelas-belas tembakan di sebuah kelas yang diselubungi jeritan-jeritan para pelajar, telah dibunuh dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan dua orang anggota polis di Snyder Hall di Umpqua Community College di Roseburg, yang menamatkan amukan pagi.

Identiti lelaki bersenjata itu tidak didedahkan secara terbuka oleh pihak berkuasa tempatan. Menurut sumber penguat kuasa undang-undang namanya ialah Chris Harper-Mercer. Menurut media lain dia berusia 26 tahun.

Sekeping gambar yang dihantar ke profil MySpace yang dipercayai profil lelaki itu, memaparkan seorang lelaki muda berkepala botak dan berkaca mata dilihat merenung ke arah kamera ketika memegang raifal.

CNN melaporkan tersangka bersenjatakan dua pistol, senapang panjang dan perisai badan. Menurut mangsa-mangsa yang terselamat, lelaki bersenjata itu mengarahkan pelajar-pelajar yang ketakutan berdiri dan menyatakan agama mereka sebelum menembak mereka seorang demi seorang.

Sebuah kenderaan polis menyekat jalan di Roseberg, Oregon pada 1 Oktober selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, menurut laporan AFP, sembilan orang menurut laporan Reuters di sebuah kolej. – AFP
Sebuah kenderaan polis menyekat jalan di Roseberg, Oregon pada 1 Oktober selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, menurut laporan AFP, sembilan orang menurut laporan Reuters di sebuah kolej. – AFP

Stacy Boylan, ayah kepada seorang pelajar berusia 18 tahun yang tercedera tetapi terselamat dengan berpura-pura mati, memberitahu CNN anak perempuannya menceritakan tentang profesornya ditembak dari jarak dekat ketika penyerang itu menyerbu masuk ke dalam kelas.

“Dia berdiri di sana dan mula mengajukan pertanyaan kepada seorang demi seorang apakah agama mereka,” kata Boylan, menceritakan pengalaman pahit yang telah diceritakan oleh anak perempuannya.

“Adakah kamu beragama Kristian?” dia akan bertanya mereka. “Jika kamu Kristian, berdiri. Bagus. Kerana kamu Kristian kamu akan pergi berjumpa Tuhan kira-kira dalam satu saat,” dan kemudian dia melepaskan tembakan dan membunuh mereka. Dan dia terus berjalan berbuat demikian kepada yang lain.”

Seorang lagi pelajar Kortney Moore, 18 tahun, yang berada dalam kelas, sedang menulis ketika lelaki bersenjata itu masuk dan terselamat tanpa tercedera, menceritakan kisah sama kepada surat khabar tempatan News Review. Pihak berkuasa tidak memberikan penjelasan tentang tindakan lelaki bersenjata itu.

“Penguat kuasa undang-undang sedang menjalankan siasatan ke atas penembak itu dan apa motifnya,” Syerif wilayah County John Hanlin berkata pada sidang akhbar sebelah tengah hari. Dia juga berkata tiga mangsa yang tercedera yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

ARTIKEL YANG SAMA