Lagi pelancong maut di Terumbu Sawar Besar

Lagi pelancong maut di Terumbu Sawar Besar

SYDNEY, 18 Nov – Seorang lelaki meninggal dunia hari ini semasa menyelam di Terumbu Sawar Besar, hanya beberapa hari selepas dua pelancong Perancis terkorban semasa bersnorkel di kawasan sama, kata polis.

Cairns Post mengatakan mangsa terbaru adalah seorang lelaki berusia 60 tahun dari England yang membuat perjalanan bersama isterinya dan meninggal dunia ketika menyelam di Terumbu Agincourt luar resort pelancongan popular di Port Douglas.

“Kami dipanggil ke Terumbu Agincourt selepas seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an mengalami masalah perubatan. Dia sudah meninggal dunia,” kata jurucakap polis Queensland kepada AFP, menambah bahawa dia dipercayai warga Britain, namun ia belum dipastikan lagi.

Akhbar berkata dia merupakan seorang penumpang dalam bot pelancongan dan ditemui tanpa pengawal atur semasa selam skuba yang disahkan bersama orang lain di terumbu itu, 100 km utara Cairns.

Kru dalam kapal cuba untuk menyedarkannya kembali menggunakan mesin perenjat jantung (defibrillator) dan menghubungi perkhidmatan kecemasan yang menerbangkan seorang doktor ke terumbu itu, namun percubaan untuk menyedarkannya gagal.

Para pegawai berkata mereka mengalami serangan jantung, menurut pakar kardiologi yang dipetik oleh Syarikat Penyiaran Australia mengatakan mereka mungkin disengat oleh obor-obor yang menyebabkan jantung terhenti. – AFP