Lagi pemain Liverpool cedera

Lagi pemain Liverpool cedera

LONDON, 16 Okt (dpa) – Liverpool mengalami tamparan hebat kedua akibat kecederaan pemain dalam tempoh 24 jam apabila Danny Ings semalam dilaporkan tidak dapat bermain baki musim ini akibat cedera di bahagian lutut.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan beberapa agensi media lain berkata Ings cedera bahagian ligamen lututnya ketika sesi latihan pada Rabu lepas.

Liverpool tidak memberikan sebarang ulasan mengenai berita itu, tetapi laporan berkata pemain berusia 23 tahun itu yang bermain pertama kali untuk England Isnin lepas, memerlukan pembedahan dan kemungkinan tidak dapat bermain untuk kejohanan Euro 2016.

Ings menghasilkan tiga gol dalam lima kemunculan perlawanan Liga Perdana sejak menyertai Liverpool dari Burnley pada Julai.

Sehari sebelumnya, pengurus baru Red, Juergen Klopp, mengesahkan bahawa pemain pertahanan Joe Gomez perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan di bahagian yang sama ketika bermain untuk pasukan bawah 21 tahun England Selasa lepas.

Gambar fail bertarikh 4 Oktober 2015 menunjukkan Danny Ings tatkala mengalami kecederaan ketika pasukannya menentang Everton di Stadium Goodison Park, Liverpool, England. – Agensi
Gambar fail bertarikh 4 Oktober 2015 menunjukkan Danny Ings tatkala mengalami kecederaan ketika pasukannya menentang Everton di Stadium Goodison Park, Liverpool, England. – Agensi