Lagi pembunuhan oleh tentera Israel

Lagi pembunuhan oleh tentera Israel

BAITULMUQADDIS, 16 Nov (AFP) – Dua warga Palestin terbunuh hari ini oleh tentera Israel yang datang untuk memusnah seorang lagi warga Palestin, di Qalandiya di Tebing Barat, menurut para pegawai hospital Palestin.

Tentera Israel melaporkan bahawa pasukan tentera telah ‘menembak’ tiga warga Palestin dalam drama berbalas-balas tembakan yang berlaku ketika pemusnahan rumah seorang warga Palestin yang dituduh membunuh seorang warga Israel.

Mohammed Abu Shahin dituduh menembak mati Danny Gonen dekat petempatan Dolev di Tebing Barat pada 19 Jun, dalam serangan yang juga mencederakan seorang lagi warga Israel.

Penduduk berkumpul berhampiran sebuah rumah yang dirobohkan oleh tentera Israel di Qalandia, antara bandar Tebing Barat yang diduduki Ramallah dan Baitulmuqaddis Timur semalam. – AFP
Penduduk berkumpul berhampiran sebuah rumah yang dirobohkan oleh tentera Israel di Qalandia, antara bandar Tebing Barat yang diduduki Ramallah dan Baitulmuqaddis Timur semalam. – AFP

Ketika operasi untuk memusnahkan rumah di Qalandiya, beratus-ratus orang Palestin menyerang pasukan keselamatan Israel dengan melontar batu dan koktel Molotov, menurut ketenteraan itu.

Sejak Oktober, keganasan telah membunuh 83 orang di bahagian Palestin termasuklah seorang Israel Arab dan 12 orang Israel Dalam respons, kerajaan Israel telah mengarahkan menghebatkan lagi pemusnahan rumah mereka yang dituduh melancarkan serangan.

Ia mengatakan dasar itu bertindak sebagai pencegahan, tetapi pengkritik berkata mangsa-mangsa utama adalah kaum keluarga yang terpaksa menanggung tindakan dari orang lain.