Lagi penembakan maut polis cetus bantahan kecil di LA

Lagi penembakan maut polis cetus bantahan kecil di LA

LOS ANGELES, 2 Okt – Beberapa pegawai menembak dan membunuh seorang lelaki di selatan Los Angeles (LA) pada penghujung kejadian kejar-mengejar sebuah kenderaan lewat kelmarin, mencetuskan bantahan daripada puluhan orang yang kecewa dengan penembakan maut polis ke atas seorang lelaki berkulit hitam.

Kejadian itu bermula apabila pegawai cuba untuk menahan sebuah kereta yang menggunakan plat lesen kertas, mensyaki kereta itu mungkin kenderaan curi, namun pemandunya enggan untuk berhenti, kata Sarjan Barry Montgomery.

Katanya lagi, penumpangnya keluar dari kereta itu semasa insiden kejar-mengejar dan lari ke belakang sebuah rumah, tempat dia ditembak mati. Pemandunya melarikan diri dari tempat kejadian dan masih lagi belum ditemui.

Awal pagi hari ini, Jabatan Polis Los Angeles berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah menemui sepucuk senapang di tempat penembakan.

Jabatan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai senapang tersebut.

Insiden penembakan itu telah mencetuskan puluhan orang ramai ke tempat kejadian.

Ketika berita tentang kejadian itu merebak, sekumpulan pembantah menyekat persimpangan berhampiran rumah berkenaan malam semalam. Beberapa daripadanya menunjukkan sepanduk ‘Black Lives Matter’ dan yang lain menjerit ke arah para pegawai yang berdiri di sebalik pita kuning polis yang memakai helmet rusuhan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA