Lagi penumpang China ditahan berhubung serang kru

Lagi penumpang China ditahan berhubung serang kru

BEIJING, 26 April – Polis di selatan China telah menahan tiga penumpang penerbangan selepas didapati dalam rakaman video, mereka telah menampar, melontar kata-kata kesat dan membaling makanan ke arah kakitangan lapangan berhubung kemarahan penangguhan penerbangan, lapor media kerajaan hari ini.

Video insiden kelmarin berlaku di lapangan terbang di bandar Changsha telah tersebar meluas dalam Internet sebagai contoh terbaru kelakuan buruk penumpang penerbangan China.

Tiga penumpang kelihatannya kecewa selepas penerbangan mereka ke selatan bandar peranginan Sanya telah ditangguhkan.

Ketika kakitangan wanita cuba untuk memujuk penumpang, dua lelaki dan seorang wanita menjerit, melontar bungkusan makanan dan akhirnya menampar salah seorang kakitangannya di wajah.

Ketiga-tiga penumpang tersebut telah ditahan oleh polis, menurut akhbar People’s Daily dalam laman web Parti Komunis. Kes seperti itu boleh mengakibatkan penahanan bukan jenayah tanpa perbicaraan selama kira-kira dua minggu.

Berkaitan dengan insiden seumpamanya di lapangan dan di udara, kerajaan China telah mewujudkan senarai hitam bagi para penumpang penerbangan yang didapati bertindak secara berbahaya dan menimbulkan gangguan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA