Lagi penutupan sekolah akibat jerebu

Lagi penutupan sekolah akibat jerebu

KUALA LUMPUR, 4 Okt (AFP) – Pihak berkuasa Malaysia pada Ahad mengarahkan kebanyakan sekolah-sekolah di negara ini ditutup selama dua hari berikutan kemungkinan risiko terhadap ancaman kesihatan disebabkan jerebu tebal yang berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia.

Kementerian Pelajaran berkata semua sekolah, kecuali sebahagian di kawasan terpencil, perlu ditutup pada Isnin dan Selasa.

“Jerebu yang berlaku adalah di luar kawalan kami,” kata Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid.

“Isu ini perlu ditangani dengan bijak dan cepat kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada anak-anak kita. Kita tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak kita di sekolah.”

Kabut jerebu berterusan melanda sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara selama beberapa minggu, mencetuskan amaran kesihatan dan penutupan sekolah serta menjejaskan penerbangan.

Notis penutupan sekolah selama dua hari pada 5 dan 6 Okt dan penangguhanUjian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama dipasang pada pagar Sekolah Rendah Agama Al-Najah, Putrajaya berikutan arahan Kementerian Pendidikan. – Bernama
Notis penutupan sekolah selama dua hari pada 5 dan 6 Okt dan penangguhanUjian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama dipasang pada pagar Sekolah Rendah Agama Al-Najah, Putrajaya berikutan arahan Kementerian Pendidikan. – Bernama

Pencemaran jerebu ini menjadi yang paling teruk dalam rekod, mengatasi kerosakan $ 9 bilion yang dicatatkan pada tahun 1997.

Hampir separuh kualiti udara daripada 52 stesen pemantauan pencemar Malaysia di seluruh negara di tahap “tidak sihat” pada Ahad.

Enam stesen, termasuk satu di Kuala Lumpur di peringkat tahap “sangat tidak sihat”, dengan satu kawasan di pinggir ibu negara menghampiri peringkat tahap “berbahaya”.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi Malaysia semalam berkata beliau berharap Indonesia dapat membincangkan langkah-langkah jangka panjang untuk menangani krisis ini.

ARTIKEL YANG SAMA