Lagi perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Ke-32

Lagi perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Ke-32

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menjawat beberapa perutusan tahniah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain dan Tuan Yang Terutama Maithripala Sirisena, Presiden Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka yang turut menyertai pemimpin lain menyampaikan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-32 Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA