Lagi remaja terbunuh dalam serangan Israel

Lagi remaja terbunuh dalam serangan Israel

BAITULMAQDDIS, 12 Okt – Seorang remaja Palestin ditembak mati di Tebing Barat dan serangan udara Israel telah membunuh seorang wanita hamil dan anak kecilnya di Gaza semalam, ketika pergolakan mengancam tersebar menjadi kebangkitan besar-besaran.

Empat orang Israel juga tercedera dekat sebuah perkampungan, selepas pertempuran selama lebih 10 hari antara pasukan tentera Israel dan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan timur Baitulmaddis yang dirampas Israel, dan juga siri-siri penikaman orang Yahudi oleh orang Palestin.

Hamas telah pun menyifatkan keganasan yang tersebar itu, antara Israel dan Palestin sebagai kebangkitan dan menggesa bagi pergolakan seterusnya.

Serangan udara, yang dilancarkan dalam tindak balas ekoran dua roket yang dilepaskan oleh Israel, telah memusnahkan sebuah rumah di utara Gaza, yang membunuh Nur Hassan, 30 tahun dan anak perempuannya Rahaf berusia dua tahun.

Seorang jurucakap Hamas, yang menguasai enklaf pantai, berkata ‘ini menunjukkan keinginan pendudukan akan menjadi-jadi.”

“Kami memberi amaran kepada penduduk tentang meneruskan kebodohan ini,” kata Sami Abu Zunri.

Israel berkata ia mensasarkan tempat pengeluaran senjata Hamas. Pasukan Israel telah menembak mati seorang remaja Palestin, yang dikenal pasti oleh kementerian kesihatan Palestin sebagai Ahmad Sharake, 13 tahun ketika pertempuran berdekatan Ramallah, bandar Tebing Barat.

Para medik berkata berbelas-belas orang Palestin juga ditembak mati dan cedera dalam satu lagi pertempuran di Tebing Barat. Sharake, dari perkhemahan orang pelarian Jalazun, terbunuh dalam pertempuran yang meletus apabila beratus-ratus orang Palestin dekat Ramallah cuba menghampiri jalan raya untuk melontar batu dan bom api ke ara kereta para peneroka.

Dalam tempoh beberapa jam kematian remaja itu, empat orang Yahudi telah diserang dekat perkampungan Gan Shmuel di utara Israel oleh seorang Israel Arab yang merempuh mereka dengan keretanya dan kemudian menerpa mereka.

Shin Bet, agensi keselamatan dalam Israel mengenal pasti penjenayah itu sebagai Alla Zayud, 20 tahun dari bandar utara, Umm el-Fahm.

Tentera Israel mendedahkan bahawa dua orang tentera dilanggar kereta, dengan salah seorang dari mereka cedera parah, dan dua orang awam telah ditikam.

Serangan dekat perkampungan itu adalah penikaman ke 15 orang Israel sejak 3 Oktober, tetapi yang pertama oleh Israel Arab yang mengakibatkan kecederaan – dan bukannya oleh orang Palestin dari timur Baitulmaqddis atau Tebing Barat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA