Lagi saman fitnah ke atas Rainsy

Lagi saman fitnah ke atas Rainsy

PHNOM PENH, Kemboja, 3 Dis (Agensi) – Sebuah mahkamah di Kemboja mengeluarkan saman ke atas pemimpin pembangkang Sam Rainsy untuk berdepan dakwaan memfitnah, menambah kepada masalah perundangan yang sedia ada termasuk satu lagi saman dan waran tangkap.

Rainsy kini tinggal dalam buangan sejak pertengahan November, apabila arahan bagi penangkapannya dikeluarkan berhubung sabitan lama kerana memfitnah Menteri Luar. Beliau turut dipecat daripada parti pemerintah yang mendominasi Perhimpunan Kebangsaan, sekali gus kehilangan imuniti parlimennya.

Bagaimanapun sudah diketahui umum bahawa sabitan itu, yang membawa hukuman penjara dua tahun, sudah ditarik balik dengan pengampunan pada 2013. Peguam Ky Tech berkata semalam bahawa beliau memfailkan aduan memfitnah ke atas Rainsy bagi pihak presiden Perhimpunan Kebangsaan, Heng Samrin.

Para penyokong Rainsy percaya masalah perundangannya dirancang oleh Perdana Menteri Hun Sen dalam respons kepada peningkatan pengaruh politik pembangkang. Dalam akaun Facebook beliau Selasa lepas, Rainsy berkata bahawa “pihak berkuasa Kemboja menggunakan semua jentera kehakimannya bagi tujuan politik.”

ARTIKEL YANG SAMA