Lagi saudara baru dapat sinar Ilahi

Lagi saudara baru dapat sinar Ilahi

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Agama Islam terus subur di negara ini apabila sebuah keluarga berbangsa Iban seramai enam orang telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah hari ini pada majlis yang berlangsung di salah sebuah rumah di RPN Kampung Lambak Kanan.

Pengislaman Awang Mahdi anak Mawan dan isteri, Dayang Bebe anak Robart berserta empat orang anak mereka, Ayu Delaila anak Mahdi, Dexter anak Mahdi, Lansam anak Mahdi dan Mateen anak Mahdi telah disempurnakan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di rumah Awang Jasdi bin Haji Abdul Ghafar itu ialah Pemangku Pengarah Perhutanan, Haji Faisal bin Haji Yakup.

Awang Muhammad Nur Syah Mahdi bersama isteri dan anak-anaknya pada majlis pengislaman mereka.
Awang Muhammad Nur Syah Mahdi bersama isteri dan anak-anaknya pada majlis pengislaman mereka.
Haji Faisal ketika menyerahkan cenderahati kepada Awang Muhammad Nur Syah Mahdi.
Haji Faisal ketika menyerahkan cenderahati kepada Awang Muhammad Nur Syah Mahdi.

Awang Mahdi yang pada masa ini menetap di salah satu flat di Kampung Belimbing bersama keluarganya telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Nur Syah Mahdi bin Abdullah Mawan dan isterinya memilih nama Nur ‘Aisyah Sofiyya binti Abdullah Robart.

Manakala itu, anak-anak mereka kini dikenali dengan nama Islam mereka sebagai Ummi Syah Ghaziah Nadhirah, Muhammad Syah Wa’iz, Muhammad Syah Junaidi Lansyam, dan Muhammad Abdul Mateen Syah.

Majlis telah diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diikuti dengan menabur bunga rampai.

ARTIKEL YANG SAMA