Lagi sebuah reaktor nuklear diluluskan Jepun

Lagi sebuah reaktor nuklear diluluskan Jepun

TOKYO, 26 Okt (AFP) – Seorang gabenor tempatan Jepun hari ini meluluskan permulaan semula sebuah lagi reaktor nuklear, yang terbaru yang dijangka diaktifkan di sebalik tentangan keras orang awam terhadap tenaga nuklear selepas bencana Fukushima.

Kelulusan penting itu membuka laluan bagi Shikoku Electric Power untuk mengaktifkan sebuah reaktor di loji tenaganya di Ikata di kawasan barat daya Ehime, dengan permulaan semula itu mungkin berlaku tahun depan dengan peraturan keselamatan lebih ketat selepas Fukushima.

Kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe telah menggesa bagi pengembalian semula kuasa nuklear untuk menjana elektrik selepas beberapa belas reaktor tidak diaktifkan selepas bencana 2011 itu.

Perbelanjaan tenaga negara yang miskin sumber itu melonjak sejak ia terpaksa beralih kepada pengimportan bahan api fosil untuk menghentikan jurang.

Namun orang awam Jepun masih bimbangkan tenaga nuklear, dan gesaan Abe telah mengundang bantahan luar biasa dan menjejaskan popularitinya.

Minggu lalu para pegawai berkata seorang lelaki yang bekerja di Fukushima selepas krisis itu telah didiagnosis kes pertama barah berkaitan radiasi yang telah disahkan, satu pendedahan yang mungkin menambah lagi kebimbangan tentang tenaga nuklear.

Dua reaktor di kawasan selatan Kagoshima telah diaktifkan sejak musim panas selepas menerima kebenaran dari pihak berkuasa setempat.

Permulaan semula sepasang lagi reaktor telah ditangguhkan oleh cabaran undang-undang.

Gabenor Ehime Tokihiro Nakamura berkata hari ini dia membenarkan permulaan semula itu disebabkan kos dan kebolehpercayaan nuklear sebagai sumber tenaga stabil.

Tetapi ‘Saya mahu Shikoku Power mengambil semua langkah untuk memastikan keselamatan,” dia memberitahu presiden syarikat itu dalam mesyuarat yang disiarkan di televisyen.

ARTIKEL YANG SAMA