Lagi serangan green-on-blue, dua tentera NATO maut

Lagi serangan green-on-blue, dua tentera NATO maut

KABUL, 26 Ogos (AFP) – Sekumpulan lelaki berseragam tentera Afghanistan menembak mati dua anggota tentera NATO di selatan negara itu hari ini, menurut pasukan bersekutu, serangan orang dalam pertama ke atas pasukan asing sejak peralihan kuasa Taliban.

Serangan yang digelar green-on-blue apabila tentera atau polis Afghanistan menghalakan sasaran senapang mereka kepada pasukan tentera antarabangsa telah menjadi masalah besar ketika pertempuran bertahun-tahun NATO di samping pasukan Afghanistan.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab setakat ini bagi serangan hari ini di wilayah bertikai, Helmand.

Itu adalah kejadian pertama seumpamanya sejak Mullah Akhtar Mansour dilantik ketua baru Taliban ekoran pengumuman kematian ketua lama mereka, Mullah Omar.

“Anggota perkhidmatan Bantuan Cepat membalas tembakan dan membunuh penembak-penembak itu,” tambahnya, tanpa mendedahkan kewarganegaraan tentera-tentera luar.

Kenyataan itu tidak memberikan lokasi sebenar serangan, yang menunjukkan ketegangan yang lama membahang antara pasukan tentera Afghanistan dan pasukan asing.

Para pegawai Barat mengatakan kebanyakan kejadian seumpama itu berpunca dari dendam peribadi dan salah faham budaya dan bukannya komplot pemberontak. Pembunuhan itu telah menimbulkan perasaan amat tidak percaya antara pasukan tempatan dan asing meskipun bilangan mereka berkurangan beberapa tahun kebelakangan ini.

ARTIKEL YANG SAMA