Lagi serangan Taliban, enam maut

Lagi serangan Taliban, enam maut

KABUL, 13 Dis (AFP) – Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam serangan Taliban berhampiran Kedutaan Sepanyol di kawasan kediaman para diplomat di Kabul yang berakhir semalam, serangan pemberontak terbaru di kawasan berkenaan.

Berikut adalah kronologi serangan paling berprofil tinggi ke atas kedutaan, kepentingan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) di dan sekitar kawasan kediaman diplomatik sejak kejatuhan Taliban pada 2001.

– 7 Julai 2008: Serangan bom bunuh diri menggunakan kereta ke aras kedutaan India yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang, termasuk dua diplomat kanan dan dua pengawal keselamatan.

– 8 Oktober 2009: Kedutaan India menjadi sasaran lagi, menyebabkan 17 orang maut.

– 19 Ogos 2011: Taliban mendakwa melakukan serangan ke atas British Council, pertubuhan kebudayaan yang dibiayai oleh London, yang mengorbankan sembilan orang pada ulang tahun ke-92 kemerdekaan Afghanistan dari Britain.

– 13-14 September 2011: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam serangan Taliban yang menyasarkan Kedutaan Amerika Syarikat dan ibu pejabat NATO.

– 25 Februari 2012: Dua penasihat tentera AS ditembak mati di Kementerian Dalam Negeri di Kabul, ketika negara itu menyaksikan bantahan berhubung pembakaran kitab suci Al-Quran di pangkalan tentera Amerika.

– 8 September 2012: Seorang remaja melakukan serangan bom bunuh diri di luar ibu pejabat NATO di Kabul mengorbankan enam remaja tatkala Afghanistan menyambut cuti umum.

– 27 November 2014: Seorang pengebom bunuh diri merempuh kereta yang dipenuhi bahan letupan ke atas kenderaan kedutaan British, mengorbankan seorang warga British dan lima warga Afghan.

–11 Disember 2014: Pengebom bunuh diri meletupkan dirinya berhampiran khalayak ramai yang menonton satu persembahan di pusat kebudayaan Perancis mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.

– 5 Januari 2015: Serangan ke atas kenderaan polis Kesatuan Eropah mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan enam orang awam Afghan hanya beberapa hari selepas misi perang NATO berakhir.

ARTIKEL YANG SAMA