Lagi sumbangan anak yatim di Temburong

Lagi sumbangan anak yatim di Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 14 Julai – Sumbangan derma kepada anak-anak yatim Daerah Temburong, ibu-ibu tunggal dan fakir miskin sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong di sini hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Turut hadir ialah Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan para penyumbang serta penerima dan Ahli Jawatankuasa Kerja Sukarelawan Warisan Kedayan Jerudong. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti dengan ucapan wakil Galleria YMRM dan bacaan Tahlil serta Doa Arwah. Seterusnya majlis penyampaian sumbangan derma kepada seramai 243 orang Anak Anak Yatim Daerah Temburong, 26 orang fakir miskin dan sejumlah 83 orang ibu-ibu tunggal yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan penyampaian sumbangan daripada Galleria YMRM.

Setiap seorang anak yatim menerima sumbangan $5 berserta sehelai kain dari Galleria YMRM sementara bagi para ibu tunggal dan fakir miskin menerima wang tunai dan barangan asasi.

Dengan adanya sumbangan derma tersebut nanti diharap akan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan Syawal nanti.

Ia juga dihasratkan agar mereka akan membelanjakan duit sumbangan derma berkenaan dengan sebaiknya, sekali gus dapat menabung bagi kegunaan mereka di masa hadapan.

Salah seorang penerima menerima sumbangan daripada tetamu kehormat di majlis anjuran Galleria YMRM dengan Kerjasama Sukarelawan Warisan Kedayan Jerudong.
Salah seorang penerima menerima sumbangan daripada tetamu kehormat di majlis anjuran Galleria YMRM dengan Kerjasama Sukarelawan Warisan Kedayan Jerudong.
Orang ramai yang menghadiri majlis tersebut di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakat Pekan Bangar.
Orang ramai yang menghadiri majlis tersebut di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakat Pekan Bangar.

ARTIKEL YANG SAMA