Lagi sumbangan untuk Nepal

Lagi sumbangan untuk Nepal

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Penderitaan penduduk di Nepal yang terjejas oleh kejadian gempa bumi terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada penduduk Negara Brunei Darussalam, apabila Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal menerima sumbangan derma wang tunai berjumlah $2,667 di majlis penyampaian derma yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir untuk menerima sumbangan berkenaan ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah binti Abdul Hamid yang disampaikan oleh Komandan Unit Pasukan Simpanan Gurkha, Leftenan Kolonel Rani bin Haji Bujang.

Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal sehingga hari ini, berjaya mengutip sebanyak $166,585.53.

Leftenan Kolonel Rani (kiri) menyampaikan sumbangan derma kepada Hajah Noridah (kanan).
Leftenan Kolonel Rani (kiri) menyampaikan sumbangan derma kepada Hajah Noridah (kanan).