Lagi wanita dibaham Jerung

Lagi wanita dibaham Jerung

SYDNEY, 5 Jun – Seorang wanita ditemui maut akibat dibaham jerung besar – yang digambarkan oleh saksi lebih besar daripada bot mereka – berhampiran bandar Perth barat Australia hari ini.

Serangan ke atas wanita itu di luar sub-bandar Mindarie utara Perth itu muncul setelah dua hari selepas seorang peluncur mati akibat kakinya dibaham seekor Jerung di sepanjang pantai yang sama.

Polis negeri barat Australia mengatakan wanita itu – dilaporkan seorang penyelam berusia 60 tahun – mempunyai ‘kecederaan ketara sejajar dengan serangan Jerung.

Inspektor Polis, Danny Mulligan menambah bahawa tiga nelayan yang cuba untuk membantu wanita itu dan pasangannya, menggambarkan Jerung itu berukuran lebih panjang daripada bot mereka, 5.3 meter (17.4 kaki).

Katanya lagi, rakan penyelam wanita itu merasa ‘sesuatu telah melintasinya’ apabila dia berada di dalam air.

“Apabila dia berada di permukaan dia melihat kocakan besar dalam air dan kemudian bot lain datang untuk menariknya keluar dari air, dan selepas itu baru ia menyedari bahawa wanita berkenaan telah mengalami beberapa kecederaan teruk dan maut,” kata Mulligan, menurut Penyiaran

“Berdasarkan kecederaan dan lokasi insiden, kemungkinan ia melibatkan seekor Jerung putih besar lebih tiga meter saiznya,” kata Jabatan Perikanan kerajaan dalam satu kenyataan.

Jabatan itu menambah bahawa ia telah mengerahkan ‘gear penangkapan’ – dilaporkan jaring bulat untuk menangkap Jerung berkenaan selepas serangan itu, yang berlaku satu kilometer di pesisir pantai.

Surf Life Saving WA mentweet awal hari ini bahawa seekor Jerung berukuran 4.5 meter panjang telah dilaporkan dilihat di kawasan luar pesisir Mindarie.

Pantai tempatan telah ditutup selepas insiden itu. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA