Lagi warga asing diberkas

Lagi warga asing diberkas

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Seramai lapan warga asing, dua daripadanya perempuan telah ditahan dalam Operasi Cekup Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), ke atas beberapa lokasi di Mukim Sengkurong, Mukim Kilanas dan Mukim Pangkalan Batu, baru-baru ini.

Kesemua mereka termasuk dua yang pernah ditangkap sebelumnya namun didapati bekerja di tempat lain, telah ditangkap semasa bekerja di empat buah gerai nasi katok dan gerai sayur yang dipercayai menyalahgunakan pas imigresen yang diberikan dan di antaranya gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang mengandungi pas imigresen yang sah.

Manakala itu, dua buah gerai nasi katok dan gerai sayur yang pernah diperiksa sebelumnya masih lagi mengambil warganegara asing yang dipercayai menyalahgunakan pas imigresen.

Perempuan warga asing yang didapati bekerja di salah sebuah gerai nasi katok yang ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.
Perempuan warga asing yang didapati bekerja di salah sebuah gerai nasi katok yang ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.

Empat keping Pas Khas (special pass) dikeluarkan ke atas empat orang individu asing sementara pasportnya di tahan bagi siasatan dan tapisan lanjut manakala tiga keping surat panggilan telah dikeluarkan ke atas tiga orang majikan bagi membantu siasatan.

JIPK akan terus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melakukan operasi-operasi sama ada secara persendirian atau bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA