Lahir belia berani

Lahir belia berani

OIeh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Sept – Awang Mohd Shahfirul Iqbal bin Abdul Sufri yang mewakili Masjid RPN Kampung Pandan telah menjuarai Peraduan Membaca Khutbah Jumaat bagi Kumpulan Belia Masjid-Masjid Daerah Belait, yang diadakan di Masjid al-Mashhor Kampung Sungai Mau di sini.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Awang Adi Hafizee bin Zunaidi dari Masjid Zainab Kampung Lumut dan Awang Mohd Aiman bin Yahya dari Masjid Sungai Liang menduduki tempat ketiga.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri selaku tetamu kehormat.

Seramai 12 orang peserta yang mewakili kumpulan-kumpulan belia masjid di Daerah Belait menunjukkan penyampaian khutbah Jumaat dalam pertandingan anjuran Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dengan kerjasama ahli jawatankuasa Takmir Masjid al-Mashhor Kampung Sungai Mau Belait berkenaan.

Antara peserta Peraduan Membaca Khutbah Jumaat bagi Kumpulan Belia Masjid-Masjid Daerah Belait.
Antara peserta Peraduan Membaca Khutbah Jumaat bagi Kumpulan Belia Masjid-Masjid Daerah Belait.

Ia antara lain bertujuan untuk melahirkan belia yang boleh membaca tulisan jawi dengan baik, seterusnya berani tampil di khalayak ramai dan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui khutbah yang disampaikan.

Peraduan tersebut juga sebagai salah satu program semasa cuti penggal persekolahan dan dengan adanya pertandingan seperti itu juga dapat mengukuhkan lagi tali silaturahim dalam kalangan para belia.

ARTIKEL YANG SAMA