Lahir graduan berpotensi diambil kerja

Lahir graduan berpotensi diambil kerja

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Pencapaian Kolej IGS dalam melahirkan graduan sejak ditubuhkan sangat membanggakan dan perlu terus dipupuk sebagai usaha meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang antara lain berhasrat untuk meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia di negara ini.

Ini terutama sekali menerusi perlaksanaan Strategi Pendidikan di mana pencapaian tersebut perlu diukur menerusi beberapa pertunjuk prestasi utama kebangsaan(KPIs) iaitu kadar pengijazahan dalam pengajian tinggi dan pendidikan teknik dan vokasional, selain peratus tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi selaras dengan keperluan sumber tenaga manusia di negara ini.

Seperti institusi pendidikan lain di negara ini, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman menekankan, Kolej IGS mempunyai komitmen besar terhadap pencapaian hasrat Wawasan Brunei 2035.

“Ekosistem pendidikan yang mantap saja tidak cukup untuk memenuhi komitmen tersebut di mana Kolej IGS perlu terus bersifat dinamik supaya sentiasa relevan dengan keperluan industri,” tambah beliau semasa berucap pada Majlis Hari Konvokesyen Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (Kolej IGS) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan berangkat ke majlis itu.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan berangkat ke majlis itu.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada Nurul Amal Khairunnina Athirah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir pada majlis tersebut.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada Nurul Amal Khairunnina Athirah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir pada majlis tersebut.
Nurul Amal Khairunnina Athirah bersama rakan seperjuangan bergambar bersama sijil mereka.
Nurul Amal Khairunnina Athirah bersama rakan seperjuangan bergambar bersama sijil mereka.

Yang Berhormat Pehin juga menambah, penunjuk seperti ‘employment rate’ dan ‘employers satisfaction survey’ juga penting untuk mengetahui impak program yang ditawarkan selain memastikan graduan dari kolej berkenaan bukan sekadar berilmu dan berkemahiran tinggi tapi ‘marketable’ dan ‘empoyable.’

Dalam perkara ini, ujar beliau lagi, pihak kolej perlu membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran Abad ke-21 bagi membolehkan menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau juga menekankan, peranan institusi pendidikan dalam menyediakan pelajar melangkah ke arah pekerjaan tidak memadai di akhir pengajian mereka hanya memiliki sekeping kertas sijil tapi mereka perlu mempamerkan ciri kematangan dan keupayaan pemikiran bernas.

Selain itu, mempunyai daya fikir jangka panjang, berjiwa kemasyarakatan, bersikap pemedulian dan berwawasan yang mana semua ini dapat dipupuk semasa di bangku sekolah dan di institusi pendidikan tinggi.

Para graduan menunggu giliran untuk menerima sijil masing-masing.
Para graduan menunggu giliran untuk menerima sijil masing-masing.
Para graduan bergambar bersama sijil mereka.
Para graduan bergambar bersama sijil mereka.
Para graduan yang diraiakan pada hari istimewa mereka pada Majlis Konvokesyen Kolej IGS.
Para graduan yang diraiakan pada hari istimewa mereka pada Majlis Konvokesyen Kolej IGS.

Sehubungan itu, Yang Berhormat Pehin berharap perkara ini tidak dipandang ringan oleh mana-mana institusi pendidikan sama ada di pihak kerajaan dan swasta.

Yang Berhormat Pehin juga berharap, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sentiasa memastikan sistem nilai terus dipelihara dan dijadikan keutamaan yang mana ini boleh dikendalikan melalui kegiatan yang dilaksanakan dan tidak bercanggah dengan budaya negara yang berlandaskan Melayu Islam Beraja (MIB).

Selain itu, Yang Berhormat Pehin turut menyentuh mengenai kualiti pendidikan, banyak faktor penyumbang kepada kualiti termasuk kualiti tenaga pengajar.

Dalam usaha ini, beliau difahamkan kolej berkenaan telah melaksanakan usaha sama dengan Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing Malaysia dalam beberapa bidang kursus secara sepenuh masa di dalam negara ini.

“Usaha tersebut akan memberikan peluang dan pendedahan positif kepada kolej untuk mampu berkembang maju dalam memberikan perkhidmatan pendidikan yang lebih menyerlah dan setanding dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara,” tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA